Selasa, 21 Disember 2010

Kursus EndNote dan Kemahiran Maklumat Elektronik


Kursus EndNote dan Kemahiran Maklumat Elektronik telah diadakan pada 20hb Disember 2010 bertempat di Makmal Digital, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Objektif utama kursus ini diadakan untuk :

1. Memberi kefahaman dan pengetahuan secara professional tentang kepentingan EndNote serta maklumat elektronik perpustakaan yang terkini.
2. Memantapkan kefahaman kemahiran maklumat elektronik kepada kakitangan agar dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
3. Meningkatkan pengurusan perkhidmatan maklumat dan kemudahan perpustakaan bagi keperluan pelanggan.

Para peserta terdiri daripada semua kakitangan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Pihak Perpustakaan telah menjemput wakil dari Perpustakaan Tun Seri Lanang iaitu Pn. Norbaizura Malek sebagai penceramah dan di bantu oleh Pn. Lela Ruzma Mohd Shaari serta Pn. Wan A’sah Wan Abdul Aziz.

Kursus sehari ini telah berjaya memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan maklumat elektronik. Para peserta juga menyatakan kepuasan terhadap maklumat dan ilmu yang telah di sampaikan oleh penceramah. Terima kasih daun keladi, tahun depan datanglah lagi.

Tiada ulasan: