NEW YORK - Enjin carian Internet, Google, sedang mencipta satu aplikasi tiga dimensi (3-D) yang membolehkan pengguna melihat anatomi tubuh manusia, lapor sebuah akhbar semalam. Dikenali sebagai Google Body Browser, aplikasi tersebut yang akan dilancarkan tidak lama lagi berfungsi seperti peta dunia Google dengan pengguna boleh melihat bahagian luaran, organ dalaman serta tulang manusia. Pengguna boleh memanipulasi aplikasi untuk melihat gambar organ manusia. Satu klip video pengenalan mengenai cara aplikasi tersebut berfungsi telah disiarkan di Internet baru-baru ini. Seorang penulis blog yang menyaksikan klip video berkenaan berkata, dia teruja dengan potensinya. "Kita dapat melihat bagaimana aplikasi ini dapat membantu pembelajaran anatomi manusia," katanya. "Pada tahun lalu, saya dapat menggunakan satu aplikasi serupa dan ia memudahkan pelajar mempelajari sistem tulang manusia," tambah penulis blog tersebut. - Agensi
Sumber : KOSMO 17 Disember 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan