Jumaat, 27 April 2018

Inovasi Ruang

Hasil dari projek inovasi ruang oleh kakitangan, PDAL telah mewujudkan ruang santai berkomputer bersebelahan dengan Makmal Digital PDAL. Pelanggan boleh menggunakan ruang tersebut untuk bersantai. Bagi penggunaan komputer dibilik tersebut, pelanggan hendaklah log in pada komputer induk di Makmal Digital.

Foto Perpustakaan Dr. Abdul Latiff.Foto Perpustakaan Dr. Abdul Latiff.Foto Perpustakaan Dr. Abdul Latiff.Foto Perpustakaan Dr. Abdul Latiff.

Selasa, 24 April 2018

Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

PDAL telah menjayakan program JOM BACA BERSAMA 10 MINIT. Berikut adalah gambar di hari kejadian:



Isnin, 2 April 2018

WORLDCAT DISCOVERY SERVICES TRAINING

Worldcat Discovery Services Training

Dimaklumkan Perpustakaan Dr Abdul Latiff akan mengadakan latihan seperti ketetapan berikut: 


Tarikh: 12 April 2018 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi - 12.30 tghari 
Tempat: Makmal Digital Perpustakaan Dr Abdul Latiff, UKM Kampus KL 

Latihan adalah PERCUMA dan terbuka kepada ahli akademik, penyelidik dan semua pelajar UKM. Pendaftaran boleh dilakukan secara online di http://bit.do/pdalworldcat. 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 03 - 9289 7494 / 7475

Selasa, 27 Mac 2018

Lawatan dari Politeknik Kesehatan Dr. Rusdi, Indonesia

Terima kasih diatas kunjungan Mahasiswa dan Mahasiswi Politeknik Kesehatan Dr. Rusdi, Indonesia pada 27 Mac 2018 (Selasa). 

Isnin, 26 Mac 2018

Bengkel Pemantapan Perkhidmatan PDAL 2018

PDAL telah mengadakan Bengkel Pemantapan Perkhidmatan PDAL 2018 pada 14-15 Mac 2018 (Rabu-Khamis). Bengkel 2 hari tersebut diadakan sebagai kaedah untuk memantapkan prestasi kakitangan PDAL serta menekankan bagaimana peranan, tugas dan tanggungjawab kakitangan PDAL dalam menjalani tugas harian sebagai satu kepuasan pelanggan.

Objektif bengkel adalah untuk memberi latihan kepada kakitangan membuat persediaan bagi kemasukan pelajar baru. Aktiviti Kelas Kemahiran Maklumat adalah satu modul yang penting untuk pelajar baru.

Penceramah terdiri daripada :
a. Puan Rosnah, En Mohd Rajak, Cik Adibah, En Azhari (PDAL)
b. JM Miswan (Aura Rezeki)
c. Ustaz Imran Zakarian (Olive House)