Bersempena Hari Bersama
Pelanggan, Perpustakaan Dr Abdul Latiff telah menganjurkan bengkel bertajuk “How To Write And Publish A Good
Research Paper” dengan kerjasama Elsevier pada hari Khamis bertarikh 17
Oktober 2019, bertempat di Bilik Seminar 2 Perpustakaan Dr Abdul Latiff. Bengkel
ini disampaikan oleh Encik Nicholas Pak, Solutions Consultant Elsevier. Bengkel
yang bermula pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ini telah dihadiri seramai
80 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, kakitangan
dan pelajar pasca siswazah. Bengkel ini berjaya berkongsi dengan peserta
berkaitan topik-topik penting untuk menghasilkan penerbitan berkualiti dan
berimpak. Di antara topik dibincangkan adalah “Writing a Great Paper and
Getting it Published” dan “Getting your paper noticed”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan