Isnin, 27 Disember 2010

Lawatan ke PTAR 1, UiTM, Shah Alam

Pada 22hb Disember 2010, PDAL telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM, Shah Alam. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi peluang kakitangan meninjau dengan lebih dekat perkembangan perpustakaan, bertukar pandangan dan berkongsi pengetahuan dengan rakan sejawat serta mengeratkan hubungan silatulrahim.

Peserta lawatan diketuai oleh Pn. Faizah Mohd Zain serta 13 orang kakitangan sokongan. Lawatan di mulai dengan sesi taklimat oleh En. Noor Hidayat Adnan (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan), Pn. Noor Aziah Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) serta Pn. Eza Eliana A. Wahid (Pustakawan). En. Noor Hidayat juga telah menerangkan serba ringkas mengenai kejayaan demi kejayaan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Perpustakaan Tun Abdul Razak sehingga ke peringkat Antarabangsa. Manakala Pn. Aziah serta Pn. Eza telah membawa kami melawat persekitaran perpustakaan.

Lawatan ini amat bermakna kepada kami kerana ia telah memberi pendedahan serta mengenalpasti amalan terbaik yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak 1. Semoga lawatan yang mendatang akan mencetuskan idea serta aspirasi kakitangan PDAL dengan memberi perkhidmatan dan mutu kerja yang terbaik.






Tiada ulasan: