Projek PDAL (Perpustakaan Dr. Abdul Latiff) dengan tema projek iaitu “Beyond PDAL” anjuran MPP FSK Tahun 3 dan 4 bersama PDAL baru sahaja dirasmikan pada jam 6 Mei 2019 9.00 pagi.
Projek ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu "Self-Service Printing", "Little Free Library" dan "Donation Box". Di setiap lokasi, telahpun ditampal cara-cara, peraturan serta terma dan syarat penggunaan fasiliti-fasiliti tersebut bagi memastikan para pelajar memaksimakan penggunaannya.
Buat masa ini, tiada perkhidmatan internet untuk "Self-Service Printing". Jadi, pelajar harus menggunakan "pendrive" untuk membuat sebarang pencetakan atau penyimpanan dokumen.
Seterusnya, kepada mana-mana pelajar UKM KL yang berminat untuk membantu dalam pelaksanaan Projek PDAL dan juga aktiviti sukarelawan lain anjuran PDAL, boleh mengisi “Google form” ini untuk menjadi sebahagian daripada Kelab Sukarelawan Mahasiswa (KSM) PDAL https://goo.gl/forms/jg3bL3fFcJJXgsl02
Dengan itu, saya berharap menerusi projek ini, jangkauan PDAL akan lebih meluas dan seterusnya, memenuhi keperluan warga UKM KL.
(Dari FB Raveena Vaidheswary)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan