Rabu, 28 Februari 2018

Cintai Alam Hargai Kehidupan : Program Khidmat Masyarakat PDAL 2018

Program Khidmat Masyarakat PDAL 2018 telah diadakan pada 24 Februari 2018 (Sabtu) bertemakan Cintai Alam Hargai Kehidupan. Program Khidmat Masyarakat PDAL 2018 merupakan kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuannya. Kerja-kerja kemasyarakatan adalah untuk memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti di sekitar Bandar Baru Bangi.

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa Program Khidmat Masyarakat PDAL 2018 seperti :
  • Demo Pembaikkan Kecil Buku (Minor Repair)
  • Demo Kraftangan Bahan Terpakai
  • Pameran Buku Kesihatan
  • Permainan Puzzle
  • Congkak
  • Batu Seremban
  • Ceper
  • Pertandingan Mewarna
Program Khidmat Masyarakat PDAL 2018 telah menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.  Selain itu, memupuk budaya merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

Demo Pembaikkan Kecil Buku (Minor Repair)

Demo Kraftangan Bahan Terpakai

Pameran Buku Kesihatan


Pertandingan Mewarna

Congkak


Tiada ulasan: