Rabu, 13 Disember 2017

Hari Inovasi dan Kreativiti PDAL 2017

Perpustakaan Dr Abdul Latiff buat julung kalinya telah mengadakan Hari Inovasi dan Kreativiti yang bertemakan Inovasi Teras Transformasi pada 12 Disember 2017 bertempat di Bilik Seminar PDAL. Antara objektif Hari Inovasi dan Kreativiti PDAL 2017 ini adalah :

  1. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif di kalangan warga kerja PDAL
  2. Menghasilkan kepada penciptaan baru
  3. menyumbang kepada aspek penjimatan dan/ atau penjanaan kewangan kepada Pusat Tanggungjawab dan Universiti
Antara pengisian program adalah ceramah yang bertajuk "Transformasi Diri Menerusi Inovasi" yang disampaikan oleh Puan Maznah Ariffin, Pakar Industri Enrich Focus Sdn. Bhd. di mana isi kandungan ceramah adalah :
  1. Inovasi mencipta transformasi kerana transformasi mengambil masa yang panjang manakala inovasi adalah idea yang datang secara tiba-tiba atau cepat
  2. Perbezaan antara inovasi dan transformasi adalah perubahan masa dan kelajuan
  3. Disamping itu, peserta dipecahkan kepada lima kumpulan dan diberi masa sepuluh minit untuk membincangkan dan membentangkan  inovasi yang dapat mengubah diri sendiri.
Disamping itu, seramai lima belas orang kakitangan PDAL telah membentangkan inovasi masing-masing dan telah diulas oleh juri iaitu Cik Rohaya Umar dan Cik Mariati Embong. Panel juri telah  mengira markah persembahan dan pemenang berdasarkan hasil idea yang baharu dimana projek tersebut belum dilaksanakan dan berpotensi diaplikasikan kepada unit lain.
  • Johan : Muhammad Saifuddin Ishak (Merekacipta Bunting Cara Penggunaan Mesin Pinjaman dan Pemulangan Layan Diri)
  • Naib Johan : Mohd-Al' Hapiz Ab Halim (Borang Pemantauan untuk Mempercepatkan Proses Bahan Hadiah)
  • Ketiga : Adibah Ahmad (Penyediaan Borang Statistik Pengendalian Laman Sesawang PDAL)
  • Pembentang Terbaik : Muhammad Saifuddin Ishak (Merekacipta Bunting Cara Penggunaan Mesin Pinjaman dan Pemulangan Layan Diri)
  • Dokumen Terbaik : Nurfashihah Yahya (Take 5 Cafe)

Penyampaian cenderamata kepada penceramah Puan Maznah Ariffin

Penyampaian hadiah kepada Ketua Perpustakaan PDAL

 Pemenang Hari Inovasi dan Kreativiti PDAL 2017

Warga kerja PDAL


Tiada ulasan: