Selasa, 31 Januari 2012

Lawatan Ke PPAS

Sesi lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam (PPAS) telah dijalankan pada 17 januari 2012. Seramai 12 orang kakitangan PDAL menyertai lawatan ini.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk menandaaras prasarana dan proses kerja di perpustakaan. Kakitangan PDAL juga berpeluang melihat sendiri bangunan baru PPAS yang berpindah dari Seksyen 21 ke Seksyen 13.

Dengan misi membantu Kerajaan Negeri menurunkan kadar jenayah dan gejala sosial di negeri Selangor, kakitangan PDAL amat tertarik dengan perkhidmatan yang disediakan menjurus kepada lebih mesra remaja dan memenuhi kehendak remaja zaman sekarang.

Berikut adalah gambar sekitar lawatan:







1 ulasan:

En. Taoufiq berkata...

"...yang berpindah dari Seksyen 21 ke Seksyen 13."

Salam, maaf ye bukan Seksyen 21, yg itu Tanah Perkuburan..PPAS berpindah dari Pusat Bandar Seksyen 14 ke Seksyen 13..

Sekian Terima Kasih