PDAL telah mengadakan program Hari Bersama Pelanggan pada 5 Oktober 2010. Program ini diadakan bertujuan mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej perpustakaan. Di samping itu juga, ia memberi peluang kepada pelanggan untuk mengetahui maklumat terkini mengenai perkhidmatan perpustakaan dan kemudahan yang disediakan serta mengemukakan pertanyaan, cadangan dan aduan kepada Perpustakaan.
Program yang berlangsung selama sehari ini mendapat kunjungan seramai 103 pelanggan. Acara kuiz mengenai perkhidmatan perpustakaan serta potongan harga 50% kepada pelanggan yang lewat memulangkan buku juga telah diadakan. Seramai 10 orang pemenang kuiz telah dipilih berdasarkan jawapan yang tepat serta slogan yang menarik. Antara pemenangnya ialah :
1. Siti Nur Akera binti Alias (A127636)
2. Law Jia Xiau (A117797)
3. Ahmad Fakhzan bin Alias (A131587)
Pemenang Saguhati :-
1. Dr. Salina binti A. Aziz (P57829)
2. Nurafida Bt. Mohd Haari (A132268)
3. Nurhazihah Mohf Shukot (A131841)
4. Lim Pei Wen (A117308)
5. Ng Yun Foong (A131869)
Berikut adalah gambar di hari kejadian :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan