Petikan dari ucapan anak bongsu Allahyarham Dr Abdul Latiff, Hajjah Echone Dr Abdul Latiff
"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya, sempat saya menyaksikan peristiwa bersejarah ini. Walaupun kebanyakan khazanah milik allahyarham musnah sewaktu zaman perang dunia kedua dahulu, kami sekeluarga amat berbesar hati kerana kejayaannya yang hampir dilupai, kini dihidupkan kembali dan disemadikan bersama nama perpustakaan ini. Semoga peristiwa bersejarah ini akan menjadi pencetus dan pemangkin kepada pembinaan semangat menuntut ilmu yang kental di kalangan generasi muda di negara ini".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan