Khamis, 14 November 2019

Latihan Demo Visible Body (VB)

Latihan Demo Visible Body (VB) telah diadakan pada 14 November 2019 (Khamis) bertempat di Makmal Digital, PDAL. Latihan disampaikan oleh wakil dari Access Dunia iaitu Miss Kelly Law dibantu oleh Cik Siti Aisah.

Visible Body adalah model 3D anatomi dalam web berasaskan "augmented reality". Boleh digunakan sebagai apps melalui iPads, iPhones, Android, zSpace, PCs, and Macs.



Rabu, 13 November 2019

TAHNIAH! ENCIK MOHD RAJAK ATAS LANTIKAN SEBAGAI PUSTAKAWAN KANAN (S44)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Rajak atas kenaikan pangkat ke Pustakawan Kanan S44.



Isnin, 21 Oktober 2019

Bengkel 'How To Write And Publish A Good Research Paper'


Bersempena Hari Bersama Pelanggan, Perpustakaan Dr Abdul Latiff telah menganjurkan bengkel bertajuk “How To Write And Publish A Good Research Paper” dengan kerjasama Elsevier pada hari Khamis bertarikh 17 Oktober 2019, bertempat di Bilik Seminar 2 Perpustakaan Dr Abdul Latiff. Bengkel ini disampaikan oleh Encik Nicholas Pak, Solutions Consultant Elsevier. Bengkel yang bermula pada jam 10 pagi hingga 12.30 tengahari ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik, kakitangan dan pelajar pasca siswazah. Bengkel ini berjaya berkongsi dengan peserta berkaitan topik-topik penting untuk menghasilkan penerbitan berkualiti dan berimpak. Di antara topik dibincangkan adalah “Writing a Great Paper and Getting it Published” dan “Getting your paper noticed”.




Jumaat, 18 Oktober 2019

Hari Bersama Pelanggan 2019

Hari Bersama Pelanggan ialah salah satu aktiviti tahunan yang diadakan bagi mendekatkan perpustakaan dengan pelanggan disamping menghargai pelanggan yang sentiasa menyokong aktiviti perpustakaan.

Hari Bersama Pelanggan PDAL telah diadakan pada 17 Oktober 2019.

Objektif Hari Bersama Pelanggan adalah:
i. Membudayakan sikap menghargai pelanggan bagi menjalin hubungan erat antara warga perpustakaan dan pelanggan.
ii. Memupuk rasa cinta pelanggan kepada perpustakaan.
iii. Membudayakan pencarian ilmu melalui penggunaan perpustakaan secara efektif.
iv. Mempromosikan koleksi/perkhidmatan/kemudahan yang ditawarkan di perpustakaan.