Jumaat, 18 April 2014

Lawatan ke Perpustakaan IMR

Sesi lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Institute for Medical Research telah dijalankan pada 15 April 2014. Seramai 13 orang kakitangan PDAL menyertai lawatan ini.

Objektif utama lawatan ini lebih tertumpu kepada perkhidmatan dan koleksi Jurnal Kebelakangan. Berlandaskan tajuk daripada projek KIK, kakitangan PDAL diberi pendedahan berkongsi maklumat mengenai proses pengurusan dan pengemaskinian data Jurnal Kebelakangan.

Tiada ulasan: