Isnin, 13 Februari 2012

Penamatan Keahlian UKM Dalam Biomed Central


Dimaklumkan bahawa keahlian UKM dalam Biomed Central bagi penerbitan makalah jurnal telah tamat mulai 01.02.2012. Sehubungan itu, kakitangan UKM yang ingin menerbitkan makalah dalam jurnal terbitan Biomed Central perlu membayar sendiri kos penerbitan makalah berkenaan. Adalah dimaklumkan, institusi yang akan menjadi ahli atau memperbaharui keahlian Biomed Central perlu membiayai yuran keahlian dan kos penerbitan makalah jurnal oleh kakitangan institusi berkenaan.

Tiada ulasan: